ASSALAMUALAIKUM AND HELLO TO THE READERS ^^ I'M SITI NUR IDAYU, 16. I'M NOT PRETTY BUT ADORABLE ^^ I LOVE KIM JONGIN...

Friday, August 30, 2013

Saling ingat mengingati lah kita :)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Assalamualaikum makhluk2 Allah yang comel2 belaka :)
Pada petang yang agak mendung dek kerana baru lepas hujan dan akan hujan lagi sebentar nanti, aku nk berkongsi lah sedikit cerita. sedikit aja ya, sebab baru balik dari keluar berjalan. jadi agak penat nak menaip panjang2, bukan ada sesiapa pun yang sudi membaca kan :) hehehe

Umm macam mana nak mulakan ya, sebenarnya ini lebih kepada luahan hati.
Semakin aku membesar, semakin aku kenal watak2 manusia disekeliling aku. Aku bukan nak mengumpat atau apa, macam aku cakap tadi 'luahan hati' dan watak2 yang aku kenal ni semuanya berlainan. Dunia ni seolah-olah pentas lakonan, semua memainkan watak dengan hebat. Sampai ada yang pandai main tikam belakang. EH nanti dulu, jangan terasa tapi kalau kau nak terasa silakan. tiada larangan pun :)

So berbalik pada cerita aku tadi, aku bukan apa cuma tak tahan dengan sesetengah watak yang pandai berpura-pura. Aku bukan nak nasihatkan atau marah pada watak yang jenis macam ni, sebab aku tahu diri aku ni pun tak lah se-perfect manapun. Cuma sebagai manusia yang tinggal di muka bumi ni, apa salahnya kalau kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Kita hidup ni kena pandai buat kawan bukan lawan. Cuba kau fikir guna otak kau yang boleh tahan cerdik tu, kau rasa orang suka ke dengan kau kalau kau teruskan dengan perangai yang macam ni? tepuk dada tanya hati hati kau.

Hmm rasanya itu aje yang aku mampu untuk karang, nanti kalau tulis panjang2 ada yang terasa. Tapi lumrah dunia lah kan kalau terasa hati, jadi kalau ada yang tarasa tu minta maaf ya. Tak pernah terlintas untuk menyakitkan hati atau apa, cuma tiba2 hati ni tergerak untuk mengingatkan.

InsyaAllah akan cuba post entry baru, bye :)


#makan banyak sangat, berat dah naik :(



GADIS TINGGI TAMAT BERCELOTEH ♥